Showing posts with label luahan.perasaan.. Show all posts
Showing posts with label luahan.perasaan.. Show all posts

15 April 2013

no title

Posted by Aisyah Basri at 12:15:00 0 comments
2102

10 April 2013

April

Posted by Aisyah Basri at 15:19:00 0 comments
Assalamualaikum

pejam celik dah april. pas insiden kecewa segala bagai, satu keputusan dah diambil. mungkin benar mungkin jugak xbenar tapi yakin dengan qada' dan qadar Allah. notis xnak samb kontrak pon da hantar. kawan opis cakap rugi, yela bulan 5 nanti dapat bonus tapi kalau tunggu bonus sah kene samb kontrak pastu nak brhenti keje kene hantar notis satu bulan. larat nak tunggu? research satu hape pon xbuat ag, bile dr tanya progress ak jawab, yillek. sampai bile nak jawab yillek pon tatau la. so mungkin ni jalan terbaik. jangan tamak, choose the best for urself.

April, bulan terakhir kerja. almost 2 years working in education field. not bad la but quite tough. semua kerja susah. even full time housewife pon banyak kerja ni kan pulak kerja opis. masa depan bukan hak kita tentukan tapi kita mampu ubah andai berusaha. setiap orang yang berusaha telah Allah janjikan ganjaran. usaha, doa dan tawakal, senjata penting setiap manusia. so hargai kebolehan dan kekurangan diri dengan berusaha sedaya mampu untuk capai ap yang dihajati.

merapu sebab kepala da terasa semak dari tambah dosa baik muhasabah diri n cerita kat diri sendiri. so that ak akn appreciate diri sendri. tade orang akn appreciate usaha kita lau kita sendiri pandang enteng kebolehan & kekurangan diri.



be cool, be smart & smile aisyah.
wallahualam

18 March 2013

penat

Posted by Aisyah Basri at 10:11:00 0 comments
penat
sangat penat
melayan kerenah pengurusan

penat
aku penat
dengan permainan pengurusan

penat
give up...
JANGAN...
give up...
JANGAN...

pppppppfffffffffttttttttttt


p/s : mari berzikir, tenangkan hati yang gundah. Allah ya Allah

08 March 2013

mungkin & memang benar

Posted by Aisyah Basri at 15:13:00 2 comments
assalamualaikum

memang benar
bumi terus berpusing dan berputar,
musim bersilih ganti
panas, bunga, luruh dan sejuk
mengambil giliran
aturan yang cantik
alhamdulillah :)

mungkin benar
manusia berubah
barangkali bukan yang lain berubah
tapiii
diri sendiri
ehmmm ;(

mungkin benar
lahiriah berubah
hati juga mungkin?
tiada yang kekal
kau atau aku tiada jawapan
berfikir ...

mungkin benar
membina rumah jgn di tepi pantai
mungkin awalnya tenang
tiada siapa yang tahu
barangkali ombak mendatang terlalu kuat
sehingga sukar untuk teguh di situ

mungkin benar
kata-kata mereka
enggang dan pipit xmampu terbang seiring
siapa enggang?
siapa pipit?
ahhhhh, pepatah melayu bercanggah sungguh dengan Islam
di mata Islam, kita sama
amalan yang membezakan kita
Allahhhhhh *insaf*

memang benar
hati kita Allah yang pegang
jangan bersedih *la tahzan*
Allah sentiasa di samping hambaNya

memang benar
Allah duga kita
dengan sedikit cubaan
engkau terus tersungkur?
dimana Islam yang kau kata telah dipasakkan dalam hati?

memang benar
sandiwara dunia melemahkan manusia
supaya manusia
kembali mencari tuhan
mencari diri yang hanyut
mencari kalimah "La ilahaillalah, Muhammad ya Rasulullah"



wallahualam


15 February 2013

no title

Posted by Aisyah Basri at 15:38:00 0 comments
assalamualaikum

salam jumaat. alhamdulillah masih berkesempatan merasai jumaat yang penuh barakah.
tangan gatal nak menaip. terlalu banyak nak di curahkan tapi bila tangan mula menaip sume terbang melayang-layang, entah mane hinggap aku pun tatau.

aku berubah? ehmmm, betul ke ap aku buat ni?
salah aku ke? aku pun xpaham kenapa aku bertindak macam tu.
sakitkan hati orang, sengaja mencambahkan rasa benci.
aku takot jika terlalu sayang aku yang akan kecewa.
aku takot jika orang terlalu menyenangi aku, aku akan tersepit kelak.
personaliti berubah tapi apa yang ada kt hati belum tentu berubah
keliru dengan diri sendiri, mungkin da 'makin' dewasa. hahahha :D

langit xselamanya mendung, aku menunggu hari itu.
suria yang muncul di sebalik ombak-ambak awan.
aku pasti aku akan menangis kegembiraan, kesyukuran.
moga waktu itu tiba sengan izinNya.

permudahkan Ya Allah

#keepprayforthemoment



wassalam

12 February 2013

kehilangan

Posted by Aisyah Basri at 22:44:00 0 comments
Assalamualaikum

semalam ber'aku' 'kau' ag
tapi  bile bukak fb nampak kawan kepada kawan post pasal tu
tetibe aku rasa sedih, aku rasa kehilangan, aku lost
kau dah pergi, xjauh pon
tapi aku rasa cam terawang-awangan
xde dah yang nak ajar aku wat keje bodo
aku act cool tapi dalam hati cam susah nak terima
kawan yang paling dekat n paham aku
orang cakap lain jantina xleh kawan rapat
tapi kau dan aku tetap sama
kau paham kan aku banyak perkara
kau ajar aku tok bukak mata lebih luas

aku tau Allah ada tapi kau salah sorg penguat semangat aku.
jage diri kt tempat orang
aku tunggu kau kawan!

T.T

wassalam

28 December 2012

dedaun masa

Posted by Aisyah Basri at 09:53:00 0 comments
assalamualaikum

pagi jumaat terakhir di tahun 2012, terdengar lagu ni.


Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian perjuangan
pahit getir kehampaan

Tapi itu hanyalah ujian
Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh! insan

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian perjuangan
untuk hidup bahgia

M.Nasir


penuh makna, perjalanan hidup sepanjang 2012 ni terlalu banyak cabaran, dugaanNyadiri terlalu rapuh. ohhh hati sila bertahan & bertabah. KUAT!!! SABAR!!!Allah sentiasa ada untuk hambahambaNya, YAKIN Aisyah~  :)))

p/s : mohon MAAF kepada semua yg secara sengaja @ xsengaja disakiti, ucapan TERIMA KASIH kepada mereka yg sentiasa di sisi saat jatuh bangun berjalan & berlari. saya SAYANG kamu semua. Semoga tahun baru 2013 dapat kita lalui bersama lagi. tolong jangan tinggalkan saya dan INGAT saya ADA untuk kamu juga :)

25 August 2012

dunia

Posted by Aisyah Basri at 02:51:00 0 comments
assalamualaikum

duniadunia.....
rambut xsemua hitam so hati pon macam tu la kan. bukan semua perangai manusia sama. jangan sebab nyamuk sekor abs kelambu terbakar dan yang penting kite jangan jadik cam nila. sebab setitik je rosak susu lembu sebelanga. pembaziran tu ye, nnt jadik teman syaitan. huhuhu

duniadunia.......
nikmat Allah terlalu banyak kite rasai, namun masih ada manusia yang tidak tau nikmat bersyukur & menghargai. main aci redah je nak semuanya. sedangkan semua yang kite inginkan perlu lalui jalan yang berhalangan. kalau jalan yang dilalui tak berhalangan maka xbersyukurlah kita, nak menghargai jauh sekali. minta dijauhkan kita dengan sifat yang kufur dengan nikmat Allah swt. nauzubillahiminzalik........

duniadunia.........
bermacam ragam, bentuk, rupa dan warna. hitam manis, kuning susu, putih melepak, mayang mengurai, kerinting, pendek, tinggi dan berbagai lagi punyai susur galur keturunan nenek moyang yang punya nilai tersendiri. nilai murni yang diterap dari generasi lama kian pupus. saling melengkapi, hormat menghormati, toleransi antara nilai yang mudah dibeli dengan wang. tiada lagi nilai untuk budaya masyarakat. agama dijadikan mainan, semua di politikkan. moga perjuangan kita dilandasan yang benar. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kejadian serta isi langit dan bumi.

wallahualam, wassalam

05 August 2012

hati

Posted by Aisyah Basri at 01:53:00 0 comments
hati ini sering di uji,
berbolak balik membuat keputusan.

hati cakap teruskan,
tapi akal memberi rasional.

ikut rasa binasa,
ikut hati bawa mati.

hanya satu yang aku yakin, sangat yakin!
hati ini Allah yang pegang.

Dia yang berkuasa membolak balik kan hati manusia.
semoga Allah tetapkan hati ini

istiqamah ya Aisyah!
sesungguhnya hati ini mampu untuk bertahan
kuat ya Aisyah!
insyaAllah, hati ini tabah menghadapi ujianMu

duhai hati, bersabar lah...
sesungguhnya orangorang yang bersabar itu sangatlah beruntung.

13 June 2012

143

Posted by Aisyah Basri at 13:35:00 2 comments
assalamualaikum...

awakawak, da 2 tahun la. tatau nak gelar "baru 2 tahun" atau "dah 2 tahun". rasanya baru je skejap kan. pejam celik pejam celik kita da tamat balajau. dah hampir 4 tahun kite kawan.

bermula dari jelingjeling, senyumsenyum, tegurtegur


then "ko" "aku"


bertukar "org" "long"


dan skang ehemehemehem. hehehehe

insyaAllah akan ke peringkat seterusnya kan. (doakan ye, aminnn)


awakawak, kite tatau nak ckp camne. nak berjiwang karat bagai memang xreti. cume mampu berdoa n berharap jodoh kite kekal hingga ke syurga.14324
double date 12/6/2012


insyaAllah

06 February 2012

rindu ;(

Posted by Aisyah Basri at 00:40:00 0 comments
assalamualaikum & selamat tengahmalam
suddenly i miss melaka badly.yeah, i miss him (for sure la)but right now i don't want talking bout him but my friends (my chingoo).i really miss my SL1M members.almost 2 months kat melaka,pahitmanis bersama then kita berpisah/membawa haluan berbeza dalam erti kata mencari kehidupan di tempat baru.semua yang berlaku tetap rapi tersimpan dalam kotak memori ini.ingin di abadikan dalam blog tapi tidak tertaip setiap bait luahan rasa hati ini but i really miss u guys.ada yang da dapat job ngan syarikat lain,ada yang da jadi isteri orang n i'm hepy for u my exroomate.u'll be the great mom,for sure!
skang tinggal sebulan je ag sebelom habisnye program ni,ntah bila akan dapat bertemu lagi.ak doakan kalian dimurahkan rezeki n moga ukhwah antara kita terus kekal.insyaAllah~

without fazli (my close fren in SL1M), abe ammar & sya
tempat bersejarah,kita cipta sejarah kita
dataran pahlawan saksi kita
with my ex roomate
~MOGA UKHWAH YANG KITE BINA BERKEKALAN KE SYURGA~

lagu kenangan kita bersama ;(


 

Aecah Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting