31 May 2012

tolong ingatkan aku

Posted by Aisyah Basri at 00:19:00 0 comments
assalamualaikum

yep, tajuk ini sangat penting. nak exam tapi keje opis berlambak-lambak ag. hampir sume atas pundak aku. penat tapi alhamdulillah, ad opismate yg sangat membantu. thanx a lot kak ina n atie. kak ina, saya da paham kenapa waktu dulu kak ina selalu xdapat fokus pada satu2 tugasan. dok unit hal ehwal pelajar memang xmenang tangan. atie, terima kasih kerana memahami n welcome to my team...

tolong ingatkan aku...........
to do list before take a half-day on friday
1.kenalpasti aset unit
2.PTPTN pelajar
3.MUET n final exam (clash), tempah discussion room n dewan kayangan tok exam MUET
4.LPP approval for May Intake
5.email & divert call
6.YTM progress
7.ad-hoc matters
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, banyaknye! bile list nampak sikit tapi bile dah buat mau meraung kat situ. adehhhhhhhhh =,=!

nnn yang paling penting, tolong ingatkan aku bahawasanya EXAM 4, 6 & 7 Jun 2012. im not undergraduate anymore, so aisyah please change ur attitude! pleaseeeeeee

tolong ingatkan aku teman~

...wassalam...

29 May 2012

luahan rasa

Posted by Aisyah Basri at 01:14:00 0 comments
assalamualaikum

da lewat malam tapi mata masih gagah bertahan.kenapa xtido je kalau dah ngantok?
ehm,keje opis berlambak,terpaksa bawak balik n siapkan before cuti nak exam.
mengapa rajin nak menaip malam ni bile keje masih berlambak?
ntah,terbawa berterbangan dengan kenangan lama.
kenangan waktu dilanda badai ujian bertimpa-timpa.

aku punya cara melepas tekanan dijiwa. aku berkarya, aku menulis. ak mencoretkan segala luahan rasa di jiwa.
cebisan-cebisan masih kusimpan rapi di sudut jiwa yang tersembunyi.

rindu sangat. rindu nak mengarang. rindu nak berpuisi. rindu nak berkarya.
aku rindu semua kenangan silam. namun...

hanya kerana dia, aku hilang rasa, hilang jiwa dan hilang arah untuk berkarya.
HANYA kerana dia. dia yang aku gelar SAHABAT.
menikam dengan pisau yang tumpul dari arah belakang.
pisau tumpul lagi berbisa berbanding pisau yang tajam.
sakit, pedih tapi aku bangun mencari diri dengan iringan doa teman yang lain.
ye, mereka memberi aku semangat. memberi aku perangsang untuk terus bersangka baik.
aku bina kembali kekuatan diri, aku bina kembali kepercayaan kepada insan sekeliling.
berkalikali kepercayaan dirobek.
aku doakan kalian bahagia dengan apa yang kalian lakukan
tapi ingat tentang perjalanan hidup kalian. tidak semestinya kalian akan selalu diatas.

aku mohon maaf atas segala keterlanjuran bicara mahupun perlakuan.
aku mohon maaf kepada semua yang pernah merobek kepercayaan aku
simpanlah segala rasa yang kau ingin lontarkan kepada aku
aku maafkan kalian namun hanya satu pinta aku

bawalah dirimu jauh dari pandangan aku
aku tidak mampu untuk tersenyum kembali kepadamu
kerana sakit yang kamu hadiahkan membuatkan aku hilang kepercayaan kepada orang sekelilingku
membuatkan aku hidup sendirian bertemankan rasa dan jiwa yang hampir mati.

maafkan aku, aku tidak mampu kembali seperti dulu~

14 May 2012

pelupa

Posted by Aisyah Basri at 17:40:00 2 comments
assalamualaikum & selamat petang :)


oh no!!!
yeah, its me. skang ni da makin banyak tanggungjawab, makin matang makin cepat lupa. banyak benda yang nyaris menyusahkan diri sendiri n incik abang pon pernah marah-marah dsebabkan penyakit yang satu ni tapi yang best dapat present tapi perli sangat kan. huhuhu

ok, check it out tips nak ngelak jadik pelupa tapi...tapi...tapi...ehmmmmm
Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Itu perkara-perkara yang perlu dikurangkan dan dielakkan untuk menguatkan ingatan kita, tapi...tapi...tapi...saya suka bawang besau, saya suka minum susu, n saya paling suka makan makanan yang masam2. lau xmasam xslera nak abehkan. adehhhhhhhhhhhh =,=

Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
  • Selalu makan makanan yang panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam
hampir sume da diamalkan tapi nak wt cne tetap lupe. adehhhhhh =,=




 

Aecah Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting