da lewat malam tapi mata masih gagah bertahan.kenapa xtido je kalau dah ngantok?
ehm,keje opis berlambak,terpaksa bawak balik n siapkan before cuti nak exam.
mengapa rajin nak menaip malam ni bile keje masih berlambak?
ntah,terbawa berterbangan dengan kenangan lama.
kenangan waktu dilanda badai ujian bertimpa-timpa.
aku punya cara melepas tekanan dijiwa. aku berkarya, aku menulis. ak mencoretkan segala luahan rasa di jiwa.
cebisan-cebisan masih kusimpan rapi di sudut jiwa yang tersembunyi.
rindu sangat. rindu nak mengarang. rindu nak berpuisi. rindu nak berkarya.
aku rindu semua kenangan silam. namun...
hanya kerana dia, aku hilang rasa, hilang jiwa dan hilang arah untuk berkarya.
HANYA kerana dia. dia yang aku gelar SAHABAT.
menikam dengan pisau yang tumpul dari arah belakang.
pisau tumpul lagi berbisa berbanding pisau yang tajam.
sakit, pedih tapi aku bangun mencari diri dengan iringan doa teman yang lain.
ye, mereka memberi aku semangat. memberi aku perangsang untuk terus bersangka baik.
aku bina kembali kekuatan diri, aku bina kembali kepercayaan kepada insan sekeliling.
berkalikali kepercayaan dirobek.
aku doakan kalian bahagia dengan apa yang kalian lakukan
tapi ingat tentang perjalanan hidup kalian. tidak semestinya kalian akan selalu diatas.
aku mohon maaf atas segala keterlanjuran bicara mahupun perlakuan.
aku mohon maaf kepada semua yang pernah merobek kepercayaan aku
simpanlah segala rasa yang kau ingin lontarkan kepada aku
aku maafkan kalian namun hanya satu pinta aku
bawalah dirimu jauh dari pandangan aku
aku tidak mampu untuk tersenyum kembali kepadamu
kerana sakit yang kamu hadiahkan membuatkan aku hilang kepercayaan kepada orang sekelilingku
membuatkan aku hidup sendirian bertemankan rasa dan jiwa yang hampir mati.
maafkan aku, aku tidak mampu kembali seperti dulu~


0 comments:
Post a Comment