Showing posts with label dugaan.dunia.hidup. Show all posts
Showing posts with label dugaan.dunia.hidup. Show all posts

26 March 2013

up & down life

Posted by Aisyah Basri at 10:49:00 0 comments
assalamualaikum

its begun on my birthday, 13th March 2013. bad news for my career, change department but still doing the same stuff and i hate it. i need changes (not place or department only) but they keep repeat the same statement "no one understand your job, no one can do so you just stay & stick with that job "

i was like "hellooooooooo, i took 4 month to understand bout that and i have handover file to teach you. so you dun have to worry laaaaaaaaaa". but yet, they still refuse to take that job. so after istikharah, i choose to use my right. maybe it a sign for me to take that decision. insyaAllah, its the best for me.

hope this is the best for me. maybe its time for me to focus & finish my master first. pray for myself.
insyaAllah, believe in Allah. He knows what the best for you Aisyah. just stay sweet & smile along this journey.

and one more "great" news, i have a migraine now. my health become worse when i'm turned 24. :(

yakin dengan Allah :)
wallahualam

18 March 2013

penat

Posted by Aisyah Basri at 10:11:00 0 comments
penat
sangat penat
melayan kerenah pengurusan

penat
aku penat
dengan permainan pengurusan

penat
give up...
JANGAN...
give up...
JANGAN...

pppppppfffffffffttttttttttt


p/s : mari berzikir, tenangkan hati yang gundah. Allah ya Allah

08 March 2013

mungkin & memang benar

Posted by Aisyah Basri at 15:13:00 2 comments
assalamualaikum

memang benar
bumi terus berpusing dan berputar,
musim bersilih ganti
panas, bunga, luruh dan sejuk
mengambil giliran
aturan yang cantik
alhamdulillah :)

mungkin benar
manusia berubah
barangkali bukan yang lain berubah
tapiii
diri sendiri
ehmmm ;(

mungkin benar
lahiriah berubah
hati juga mungkin?
tiada yang kekal
kau atau aku tiada jawapan
berfikir ...

mungkin benar
membina rumah jgn di tepi pantai
mungkin awalnya tenang
tiada siapa yang tahu
barangkali ombak mendatang terlalu kuat
sehingga sukar untuk teguh di situ

mungkin benar
kata-kata mereka
enggang dan pipit xmampu terbang seiring
siapa enggang?
siapa pipit?
ahhhhh, pepatah melayu bercanggah sungguh dengan Islam
di mata Islam, kita sama
amalan yang membezakan kita
Allahhhhhh *insaf*

memang benar
hati kita Allah yang pegang
jangan bersedih *la tahzan*
Allah sentiasa di samping hambaNya

memang benar
Allah duga kita
dengan sedikit cubaan
engkau terus tersungkur?
dimana Islam yang kau kata telah dipasakkan dalam hati?

memang benar
sandiwara dunia melemahkan manusia
supaya manusia
kembali mencari tuhan
mencari diri yang hanyut
mencari kalimah "La ilahaillalah, Muhammad ya Rasulullah"



wallahualam


12 February 2013

kehilangan

Posted by Aisyah Basri at 22:44:00 0 comments
Assalamualaikum

semalam ber'aku' 'kau' ag
tapi  bile bukak fb nampak kawan kepada kawan post pasal tu
tetibe aku rasa sedih, aku rasa kehilangan, aku lost
kau dah pergi, xjauh pon
tapi aku rasa cam terawang-awangan
xde dah yang nak ajar aku wat keje bodo
aku act cool tapi dalam hati cam susah nak terima
kawan yang paling dekat n paham aku
orang cakap lain jantina xleh kawan rapat
tapi kau dan aku tetap sama
kau paham kan aku banyak perkara
kau ajar aku tok bukak mata lebih luas

aku tau Allah ada tapi kau salah sorg penguat semangat aku.
jage diri kt tempat orang
aku tunggu kau kawan!

T.T

wassalam

28 December 2012

dedaun masa

Posted by Aisyah Basri at 09:53:00 0 comments
assalamualaikum

pagi jumaat terakhir di tahun 2012, terdengar lagu ni.


Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian perjuangan
pahit getir kehampaan

Tapi itu hanyalah ujian
Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh! insan

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian perjuangan
untuk hidup bahgia

M.Nasir


penuh makna, perjalanan hidup sepanjang 2012 ni terlalu banyak cabaran, dugaanNyadiri terlalu rapuh. ohhh hati sila bertahan & bertabah. KUAT!!! SABAR!!!Allah sentiasa ada untuk hambahambaNya, YAKIN Aisyah~  :)))

p/s : mohon MAAF kepada semua yg secara sengaja @ xsengaja disakiti, ucapan TERIMA KASIH kepada mereka yg sentiasa di sisi saat jatuh bangun berjalan & berlari. saya SAYANG kamu semua. Semoga tahun baru 2013 dapat kita lalui bersama lagi. tolong jangan tinggalkan saya dan INGAT saya ADA untuk kamu juga :)

25 August 2012

dunia

Posted by Aisyah Basri at 02:51:00 0 comments
assalamualaikum

duniadunia.....
rambut xsemua hitam so hati pon macam tu la kan. bukan semua perangai manusia sama. jangan sebab nyamuk sekor abs kelambu terbakar dan yang penting kite jangan jadik cam nila. sebab setitik je rosak susu lembu sebelanga. pembaziran tu ye, nnt jadik teman syaitan. huhuhu

duniadunia.......
nikmat Allah terlalu banyak kite rasai, namun masih ada manusia yang tidak tau nikmat bersyukur & menghargai. main aci redah je nak semuanya. sedangkan semua yang kite inginkan perlu lalui jalan yang berhalangan. kalau jalan yang dilalui tak berhalangan maka xbersyukurlah kita, nak menghargai jauh sekali. minta dijauhkan kita dengan sifat yang kufur dengan nikmat Allah swt. nauzubillahiminzalik........

duniadunia.........
bermacam ragam, bentuk, rupa dan warna. hitam manis, kuning susu, putih melepak, mayang mengurai, kerinting, pendek, tinggi dan berbagai lagi punyai susur galur keturunan nenek moyang yang punya nilai tersendiri. nilai murni yang diterap dari generasi lama kian pupus. saling melengkapi, hormat menghormati, toleransi antara nilai yang mudah dibeli dengan wang. tiada lagi nilai untuk budaya masyarakat. agama dijadikan mainan, semua di politikkan. moga perjuangan kita dilandasan yang benar. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kejadian serta isi langit dan bumi.

wallahualam, wassalam

05 August 2012

hati

Posted by Aisyah Basri at 01:53:00 0 comments
hati ini sering di uji,
berbolak balik membuat keputusan.

hati cakap teruskan,
tapi akal memberi rasional.

ikut rasa binasa,
ikut hati bawa mati.

hanya satu yang aku yakin, sangat yakin!
hati ini Allah yang pegang.

Dia yang berkuasa membolak balik kan hati manusia.
semoga Allah tetapkan hati ini

istiqamah ya Aisyah!
sesungguhnya hati ini mampu untuk bertahan
kuat ya Aisyah!
insyaAllah, hati ini tabah menghadapi ujianMu

duhai hati, bersabar lah...
sesungguhnya orangorang yang bersabar itu sangatlah beruntung.

31 May 2012

tolong ingatkan aku

Posted by Aisyah Basri at 00:19:00 0 comments
assalamualaikum

yep, tajuk ini sangat penting. nak exam tapi keje opis berlambak-lambak ag. hampir sume atas pundak aku. penat tapi alhamdulillah, ad opismate yg sangat membantu. thanx a lot kak ina n atie. kak ina, saya da paham kenapa waktu dulu kak ina selalu xdapat fokus pada satu2 tugasan. dok unit hal ehwal pelajar memang xmenang tangan. atie, terima kasih kerana memahami n welcome to my team...

tolong ingatkan aku...........
to do list before take a half-day on friday
1.kenalpasti aset unit
2.PTPTN pelajar
3.MUET n final exam (clash), tempah discussion room n dewan kayangan tok exam MUET
4.LPP approval for May Intake
5.email & divert call
6.YTM progress
7.ad-hoc matters
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, banyaknye! bile list nampak sikit tapi bile dah buat mau meraung kat situ. adehhhhhhhhh =,=!

nnn yang paling penting, tolong ingatkan aku bahawasanya EXAM 4, 6 & 7 Jun 2012. im not undergraduate anymore, so aisyah please change ur attitude! pleaseeeeeee

tolong ingatkan aku teman~

...wassalam...

29 May 2012

luahan rasa

Posted by Aisyah Basri at 01:14:00 0 comments
assalamualaikum

da lewat malam tapi mata masih gagah bertahan.kenapa xtido je kalau dah ngantok?
ehm,keje opis berlambak,terpaksa bawak balik n siapkan before cuti nak exam.
mengapa rajin nak menaip malam ni bile keje masih berlambak?
ntah,terbawa berterbangan dengan kenangan lama.
kenangan waktu dilanda badai ujian bertimpa-timpa.

aku punya cara melepas tekanan dijiwa. aku berkarya, aku menulis. ak mencoretkan segala luahan rasa di jiwa.
cebisan-cebisan masih kusimpan rapi di sudut jiwa yang tersembunyi.

rindu sangat. rindu nak mengarang. rindu nak berpuisi. rindu nak berkarya.
aku rindu semua kenangan silam. namun...

hanya kerana dia, aku hilang rasa, hilang jiwa dan hilang arah untuk berkarya.
HANYA kerana dia. dia yang aku gelar SAHABAT.
menikam dengan pisau yang tumpul dari arah belakang.
pisau tumpul lagi berbisa berbanding pisau yang tajam.
sakit, pedih tapi aku bangun mencari diri dengan iringan doa teman yang lain.
ye, mereka memberi aku semangat. memberi aku perangsang untuk terus bersangka baik.
aku bina kembali kekuatan diri, aku bina kembali kepercayaan kepada insan sekeliling.
berkalikali kepercayaan dirobek.
aku doakan kalian bahagia dengan apa yang kalian lakukan
tapi ingat tentang perjalanan hidup kalian. tidak semestinya kalian akan selalu diatas.

aku mohon maaf atas segala keterlanjuran bicara mahupun perlakuan.
aku mohon maaf kepada semua yang pernah merobek kepercayaan aku
simpanlah segala rasa yang kau ingin lontarkan kepada aku
aku maafkan kalian namun hanya satu pinta aku

bawalah dirimu jauh dari pandangan aku
aku tidak mampu untuk tersenyum kembali kepadamu
kerana sakit yang kamu hadiahkan membuatkan aku hilang kepercayaan kepada orang sekelilingku
membuatkan aku hidup sendirian bertemankan rasa dan jiwa yang hampir mati.

maafkan aku, aku tidak mampu kembali seperti dulu~

06 April 2012

hectic life

Posted by Aisyah Basri at 14:56:00 2 comments
assalamualaikum & salam jumaat :)

yup, skang life makin sibuk. sepanjang lrt pon boleh lelap, penat punye pasal. waktu rehat hanya waktu makan, solat & tido. even weekend pon camtu. menyesal? tadela, da memang tu jalan yang dipilih, so face it la. Alhamdulillah, selagi kudrat ni mampu agpon masa muda ni la nak bersusah kumpul harta dunia & akhirat kan.

ada kawan cakap "ko tamak, konpem xdapat wat sume tu".ehmm, terpikir panjang jugak tapi yes, life is about risk. we have to face it, baik buruk keputusannya bukan kita yg tentukan.

ada kawan cakap "ko larat ke nak wat sume tu?" kalau mengikut nafsu mmg akn jawab xlarat. tapi bila pikir, mind kita mesti +ve, baru kita mampu lalui semua tu then aku decide "yes, aku mampu lalui sume ni"

hidup manusia ad jatuh n tersembam, ad masa kite akan berjalan, berlari dan mungkin juga akan berhenti. ak bersyukur disaat ak jatuh n cuba bangkit untuk berjalan masih ramai yang datang menghulur tangan untuk membantu. TERIMA KASIH ;)


smoga Allah permudahkan segala urusan yang sedang aku lakukan. insyaAllah
wassalam

28 February 2012

diam

Posted by Aisyah Basri at 12:06:00 0 comments
assalamualaikum & selamat pagi *mcm bace berita pagi plak* hehehe  ;)


"diam lebih baik dari berkata-kata"
"diam itu emas,pahala"
"diam bukan bermakna kalah"




yezza,kata-kata ni selalu kita dengar,selalu bagi nasihat kat orang tapi bila sendiri nak aplikasikan susah la jugak.maklumlah mewarisi baran ayah tapi nasib baik sifat penyabar yang amik dari mak n belajau dari pengalaman masih kuat dalam diri,dapat la bertahan.terus berdoa & memohon kepada ALLAH swt moga diberi kemudahan dan kekuatan sepanjang perjalanan hidup ni.yes,antara senjata kuat diri muslim adalah berDOA ye kawan-kawan.pas dah USAHA,TAWAKAL & jangan stop dari terus berDOA.insyaALLAH dipermudahkan urusan kita~


TERsilap masok lorong plak,nsib jumpa balik jalan benarnye.hehe.berbalik kepada topik ye kawan-kawan diam itu bagus tapi kadang-kadang diam tu jugak racun ye.kalau diam untuk kebaikan,alhamdulillah tapi kalau sebaliknya,sikap itu hanya akan mengundang bencana.so pikir-pikir sendiri la,da besar kan?hehe ;)


untuk seseorang,enjoy ur silence k & untuk diri sendiri,enjoy the silence n fyi i really enjoy the silence coz i juz love it! :)
to my sayang,thanx for ur advise.really need it lau x da meletus gamaknye saya ni.hehe ^^
thanx for ur patience. I LOVE YOU!
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam”. (HR. Bukhari Muslim)


p/s : ringkas je post ni sesaje.huhu

23 February 2012

tade tajuk

Posted by Aisyah Basri at 16:52:00 0 comments
assalamualaikum & selamat petang ;)


iye,entri ni tatau nak letak tajuk ape.alhamdulillah rezeki datang.da dapat keje,walaupon gaji xsetinggi kawan-kawan lain tapi tetap gembira ngan khabar ni.dua kerja dalam satu masa,akan cuba wat yang terbaik sebagai pekerja & pelajar.insyaAllah,doakan saya moga mampu tangani kedua-duanya ngan baik.smoga Allah permudahkan & kuatkan saya menghadapi perjalanan mendatang.insyaAllah,amin~
~insyaAllah~

14 February 2012

bertahan

Posted by Aisyah Basri at 11:10:00 0 comments
assalamualaikum & selamat pagi
bersabar & bertahan
pagi ni agak moody,dunno why.maybe penat sebab 2,3 hari ni xbape nak cukup rehat.hati cube bersabar dengan kerenah manusia,cube memaniskan muka dengan senyuman plastik tapi sampai bile mampu bertahan?
apa anda rase bile hampir SEMUA keje anda yang kene buat?ehm,kadang-kadang saya xkesah tapi disebabkan ke'xkesah'an saya tu la,anda-anda naik lemak.mengarah sesenang rase hati mereka.tahu ke anda apa perasaan bile anda sedang penat yang amat then anda di arah lakukan bermacam-macam perkara.kadang-kadang syaitan berjaya jugak hasut saya untuk marah *astaghfirullah al azim,mohon dijauhkan selepas ini* apabila saya mendiamkan diri n menjadi serius,anda cakap saya kuat terasa tapi adakah anda pernah fkir kenapa saya bersikap begini?
saya bukannye seorang yang cerewet tapi saya seorang yang sangat mementingkan kekemasan ruang peribadi saya.kenapa saya bersikap begitu?sebab bagi saya ruang peribadi adalah ruang untuk saya berehat,berangan,bersantai & ruang peribadi menggambarkan diri anda malangnye ruang peribadi saya telah di'porak-peranda'kan oleh anda.saya penat.anda tahu rutin harian saya yang telah bertukar sekarang.saya tiada masa untuk melakukan rutin lama saya skang & anda sepatotnye lebih paham dan tidak menimbulkan masalah sehingga membebankan kerja remeh-temeh kepada saya.ruang peribadi saya adalah hak saya,tidakkah anda rase anda juga perlu lakukan yang sama untuk ruang peribadi anda? *tepuk dada,tanye selera*
saya mohon maaf jika awak tidak senang dengan sikap saya tapi anda sepatotnye sedar bahawasanya saya sedang cuba bersabar dengan kerenah anda.anda perlu matang dan melihat dari perspektif yang berbeza,bukannye di takuk lame yang boleh menjerumuskan anda ke lembah anggapan yang bukan-bukan.saya hormat anda dan saya perlukan juga hormat dari anda.mohon maaf andai anda terkecil hati dengan sikap saya.
if you give your respect then i'll give mine.
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu". (An-Nisa Surah ke 4: Ayat ke 86) 

~wallahualam~
 

Aecah Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting