28 December 2012

dedaun masa

Posted by Aisyah Basri at 09:53:00 0 comments
assalamualaikum

pagi jumaat terakhir di tahun 2012, terdengar lagu ni.


Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian perjuangan
pahit getir kehampaan

Tapi itu hanyalah ujian
Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh! insan

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian perjuangan
untuk hidup bahgia

M.Nasir


penuh makna, perjalanan hidup sepanjang 2012 ni terlalu banyak cabaran, dugaanNyadiri terlalu rapuh. ohhh hati sila bertahan & bertabah. KUAT!!! SABAR!!!Allah sentiasa ada untuk hambahambaNya, YAKIN Aisyah~  :)))

p/s : mohon MAAF kepada semua yg secara sengaja @ xsengaja disakiti, ucapan TERIMA KASIH kepada mereka yg sentiasa di sisi saat jatuh bangun berjalan & berlari. saya SAYANG kamu semua. Semoga tahun baru 2013 dapat kita lalui bersama lagi. tolong jangan tinggalkan saya dan INGAT saya ADA untuk kamu juga :)

15 November 2012

tiada penghujung

Posted by Aisyah Basri at 20:50:00 0 comments
jalan itu
masih di situ
tetap di situ
hanya aku
masih di antaranya

ya aku
yang masih keliru
antara dua

mengapa?

151112/2050

14 November 2012

tak perlu kata ape ;)

Posted by Aisyah Basri at 23:26:00 2 comments
assalamualaikum

mereka tegas berdebat
membuat aku terdiam
tiada apa perlu aku huraikan

mereka yakin membuang hujah
menjadikan aku patung tidak bernyawa
tiada apa perlu aku pertahankan

aku tahu dimana aku berdiri
aku sedar aku tidak setinggi mereka
aku bukan siapa-siapa
aku hanya perlu berdiam diri

bukan aku tidak ingin melawan
bukan jua mengalah
walau aku tidak mampu menjadi pendengar setia
biarkan aku menjadi pemerhati bisu

teguh aku berdiri di sudut rasa itu
rasa yang tak dapat mereka huraikan
kerna aku sendiri keliru
keliru yang menjerut dan merantai diri
membuat aku lemas

terkedang aku di situ
mengharap bantuan ihsan mereka
tiada tangan yang dihulur kepada aku
hanya dahan yang rapuh untuk aku berpegang
hanya aku, hanya DIA
dalam dunia itu

akhirnya aku mengerti
gerombolan manusia itu
hanya pandangan dimanusia
sedang hakikatnya
aku tidak punya sesiapa
hanya Yang Maha Pencipta
teguh disisi hambaNya

-wassalam-

141112
 

Aecah Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting