26 January 2012

tiang agama

Posted by Aisyah Basri at 09:37:00
assalamualaikum & morning! ;)
sesaje la nak share sesuatu yangg bermanfaat sikit kat blog tersayang ni.ada satu kejadian yang berlaku waktu ondaway dari kampung ke kl ni.situasi berlaku dalam bas.
SITUASI
bas gerak kol 930 pagi dan stop kat hentian r&r kol 1 tengahari.kitorang diberi setengah jam rehat then insyaAllah kol 130 akan gerak balik.nak dijadikan cerita,waktu solat skang ni da agak lewat dan kalau xsilap waktu zohor kat area r&r 2 kol 135 tengahari.
co-driver naik ke tingkat atas bas dan wat pengumuman
co-driver : skang da 130 tapi belom masok waktu ag,so kite akan tunggu sampai masok waktu then kol 2 baru kite gerak.so kpd sesape yang nak solat tu boleh la ye.paham?
penumpang : tade respon,diam membisu.
co-driver berlalu menuju ke surau hentian r&r. hampir setengah jam kemudian,2,3 orang penumpang kembali dari surau dan co-driver naik ag sebab nak kire penumpang sebelom meneruskan perjalanan.muka xbrape nak puas hati then turun ke bawah.
co-driver : da cukop,leh jalan skang.
driver : cukop? biar betol?
co-driver : cukop la. dorang ni sume hindu agaknye.
driver hanya mampu tersengih kerang busuk.
(hakikatnye dalam bas 2 sume melayu dan tiada sorang pon beragama hindu or budha)
p/s : sendiri paham la apa yang cuba disampaikan. huhu ;)


SESUNGGUHNYA SOLAT ITU TIANG AGAMA



Surah An-Nisaa' ayat 103 :
Maksudnya :
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."

Selain dari ayat-ayat al-quran yang menekankan tentang perintah sembahyang ke atas orang mukmin, ada pula sabda Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kewajiban solat antaranya:


Hadis Abi Mas'ud r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril telah turun sembahyang dengan mengimami aku. Lalu aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Baginda menghitung dengan jari baginda semuanya sebanyak lima kali sembahyang" 
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 959


Dalam satu hadis lain maksudnya berbunyi :
" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Mengingkari perintah solat bererti menolak perintah Allah, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya.




Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
[Taha : 32 ]

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mengikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Allahuakhbar!Allah Maha Besar,Maha Berkuasa ke atas segala ciptaanNya.sesungguhnya dari Allah kite datang,kepada Allah jua kite kembali.
sekadar perkongsian,untuk kite saling mengingati termasok diri ini yang kadang-kadang lalai dan leka.mohon maaf andai ada kesilapan.Wallahualam.


0 comments:

 

Aecah Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting